Posts

Showing posts from October, 2012

Peragut Mati Ditangan Orang Kampung

Image
CHEKELI BETA: Orang kampung berjaya menangkap peragut yang baru sahaja melarikan diri menuju ke dalam sawah padi yang berhampiran. Menurut saksi peragut tersebut telah dapat ditangkap buat kali pertama oleh Pak Mak (mangsa) bukan nama sebenar, namun peragut tersebut berjaya melarikan diri.            Pada mulanya, mangsa telah berjaya menangkap peragut tersebut semasa ia baru sahaja meragut lalu mangsa membawa peragut tersebut ke Masjid Kampung Chekeli Beta. Mangsa berkata "Ketika itu saya berjaya menangkap peragut tersebut ditepi jalan berdekatan masjid. Oleh kerana orang kampung baru sahaja selesai menunaikan solat, saya meminta tolong mereka agar selesaikan kes ini.". Dengan rasa marah orang kampung terhadap peragut tersebut, mereka mengambil keputusan untuk mengikat peragut tersebut. Kaki dan leher perabut tersebut diikat dengan tali yang ada disekeliling masjid tersebut. Semua orang kampung berkumpul dan menunggu Imam untuk membuat keputusan keatas peragut tersebut.