Peragut Mati Ditangan Orang Kampung

CHEKELI BETA: Orang kampung berjaya menangkap peragut yang baru sahaja melarikan diri menuju ke dalam sawah padi yang berhampiran. Menurut saksi peragut tersebut telah dapat ditangkap buat kali pertama oleh Pak Mak (mangsa) bukan nama sebenar, namun peragut tersebut berjaya melarikan diri.
     
     Pada mulanya, mangsa telah berjaya menangkap peragut tersebut semasa ia baru sahaja meragut lalu mangsa membawa peragut tersebut ke Masjid Kampung Chekeli Beta. Mangsa berkata "Ketika itu saya berjaya menangkap peragut tersebut ditepi jalan berdekatan masjid. Oleh kerana orang kampung baru sahaja selesai menunaikan solat, saya meminta tolong mereka agar selesaikan kes ini.". Dengan rasa marah orang kampung terhadap peragut tersebut, mereka mengambil keputusan untuk mengikat peragut tersebut. Kaki dan leher perabut tersebut diikat dengan tali yang ada disekeliling masjid tersebut. Semua orang kampung berkumpul dan menunggu Imam untuk membuat keputusan keatas peragut tersebut. Sampai sahaja  Imam ditempat kejadian, peragut tersebut berjaya melepaskan diri ekoran tali yang digunakan telah putus dek usang mamah usia. 

    Beberapa orang kampung termasuk Imam dirempuh oleh peragut tersebut. Peragut tersebut berjaya melepaskan diri daripada linkungan orang kampung. Orang kampung mengejar peragut tersebut. Semua kanak-kanak dan kaum wanita masuk kedalam rumah lalu mengunci rumah masing-masing. Peragut tersebut tidak dapat menyembunyikan diri didalam rumah orang kampung oleh kerana telah terkunci. Peragut itu tiada pilihan lalu menguatkan diri untuk melarikan diri kemana sahaja. Namun dengan kerjasama orang kampung, akhirnya ia berjaya ditangkap oleh orang kampung apabila peragut itu menuju jalan buntu dengan melarikan diri kedalam sawah padi. 

   Peragut itu diikat lagi dengan tali yang lebih kukuh lalu dipengang agar perkara tadi tidak berulang lagi. Beberapa orang kampung serta Imam membawa senjata tajam seperti pisau, golok, parang, dan sebagainya.
Imam benggang dengan kelakuan peragut tersebut lalu diambilnya golok yang baru sahaja diasah matanya dengan menyuruh orang kampung pengang peragut tersebut. Golok yang tajam itu diletakkan dileher peragut, tiada siapapun yang menghalang perbuatan Imam itu. Mungkin Imam marah akan peragut tersebut merempuh beliau sebentar tadi. Tanpa melengahkan masa, Imam dengan rasa benggang lalu menghiris leher si peragut dengar ungkapan "Allahuakbar". Tamatlah riwayat peragut tersebut, dan orang kampung menguruskan mayat itu. 

   Dipercayai peragut tersebut telah lama di intip oleh orang kampung. Saksi seramai 7 orang telah ditemuramah dan berkata mereka telah mengitip perbuatan si peragut ini. Akhirnya intipan mereka tepat. Si peragut ini telah banyak melakukan kerja-kerja meragut. Selalunya si peragut ini beroperasi di kawasan lapang, tepi-tepi jalan, dan di kawasan padang. 


Si peragut itu juga dikenali sebagai lembu korban, ia telah meragut rumput di tanah padang mangsa. Sekian terima kasih atas kesudian membaca artikal ini. Semuanya rekaan semata-mata.

SELAMAT HARI RAYA KORBAN!!


Comments

Popular posts from this blog

Raya Kedua

Semua Tak Ada Dalam Rancang!!

Raya Pertama