Semua Tak Ada Dalam Rancang!!

First of all,
Aku nak ucap terima kasih kepada kawankawan
yang turut menyertai 
Program Berbuka Puasa Bersama Menteri
di SMK Kuala Besut 
Terengganu
pada
13 Julai 2013
...................................................
Aku tidak sangka kehadiran aku dan kawankawan pada program itu
akan menjadi seorang pembantu tukang masak.
Sebenarnya aku berat hati untuk menyertai program ini.
Oleh kerana desakkan kawankawan,
aku terpaksa menyertai jua.
...........................................................
Aku hampir mengambil keputusan untuk tidak pergi.
Tambahan pula, aku terlupa membawa baju melayu dan kopiah.
Sebenarnya ada sebab lain.
Aku dengan Shafiq dah ambil keputusan untuk tidak pergi.
Shafiq tipu aku yang dia tidak membawa baju melayu.
Jadi, aku dah ada teman untuk tidak pergi program itu.
...................................................................
Hampir pukul 3 petang.
Khairi mesej aku, dia tanya aku akan pakai macam mana.
Aku cakap yang aku mungkin tidak akan pergi.
Tibatiba, dia dah ketuk pintu bilik aku.
Dia bagitahu, yang dia akan bagi pinjam baju dia.
aku dah tak tahu nak bagi sebab apa lagi.
Jadi, terpaksalah aku ikut.
.............................................................
Aku baru sahaja sampai bilik masa tu.
Solat Zohor pun tidak lagi.
Aku cakap pada Khairi.
Tunggu aku solat dan bersiap.
Lepas tu dia cakap yang bas dah gerak.
Aku lagi rasa tak nak pergi.
Lepas tu, dia cakap ada satu bas lagi yang belum gerak lagi.
Aku dah siap pakai semua dah.
Jadi terpaksalah aku pergi jua.
.................................................................
Aku turun pergi medan ilmu.
Tengoktengok ada satu bas saja lagi.
Nampak gaya bas masih tunggu orang lain lagi.
Jadi, aku dan Razin pun jalan dengan selambar naik bas.
Aku ambil tempat duduk.
Dan tunggu Shafiq dan Chong datang.
Aku simpan tempat duduk untuk Razin satu.
...................................................................
Tibanya Shafiq dan Chong. 
Kami duduk ditempat yang telah kami tanda.
Sempatlah sekejap main tangkap gambar.
Maklumlah, tadi tiada naluri untuk pergi pun.
Tapi ambil untuk WeChat.


............................................................................
Lepas itu, aku tidur atas bas.
Tidak cakap dengan sesiapa pun.
Hanya duduk dangar lagu dan bermesej.
......................................................................
Kirakira pukul 4 petang.
Kami sampai di tempat yang dituju.
Mulamula, kami perlu masuk dalam dewan.
Sebelum masuk dewan, 
ada agihan baju kepada kami semua sepatutnya.
Tetapi, baju sudah habis kerana kelewatan kami.
Jadi, kami terus duduk ditempat yang sudah disediakan.
Setiap kerusi ada bag kertas.
Kami semua pergilah duduk.
..............................................................................
Tidak sampai 5 minit kami semua duduk.
ada seorang pakcik ni.
Dia minta tolong semua budak lelaki 
untuk membantu mereka 
menyiapkan kelengkapan tempat itu.
Mulamula, kami semua tidak tahu apa yang harus kami lakukan.
Keluar sahaja dewan itu.
Ada seorang abang dekat belakang dewan itu panggil.
Jadi, kami semua pun pergi kepadanya.
Tengoktengok, dia suruh tolong memasak.
Razin dengan ringan tulang.
Terus membantu dekat situ.
Aku masih berat hati untuk membantu.
Aku cuba elak diri dari situ.
Aku membuat sebab untuk menunaikan solat Asar.
..................................................................................
Sampai saja dekat depan surau.
Ada seorang abang panggil kami untuk bantu dia susun kerusi.
Aku lagi tertekan.
Aku angkat kerusi paling sikit.
Lepas itu, aku berdiri saja tengok orang lain buat kerja.
Dengan muka yang tidak puas hati.
............................................................
Siap saja mereka buat kerja.
Kami semua pergi solat.
..................................................
Selesai saja solat.
Kami semua keluar dari surau itu.
Kami menuju ke dewan untuk masuk.
Kira 5 langkah lagi nak masuk dewan.
Razin panggil kami semua.
Dia cakap dia belum solat lagi.
Jadi, terpaksalah kami semua membantu.
.........................................................
Dalam ketidaksukaan aku untuk membuat semua itu.
Dalam ketidakikhlasan.
Dalam ketidakpuasan.
Dalam segalagalanya.
Aku buat jua kerjakerja itu.
..............................................................
Setelah bergurau senda dengan makcikmakcik dekat situ.
Aku cuba hilangkan perasaan aku tadi.
Aku cuba sesuaikan diri untuk buat semua itu.
Aku cuba ikhlaskan diri.
Akhirnya aku berjaya lakukan semuanya.
................................................................
Kami semua sudah jadi satu keluarga.
Bergurau senda.
Gelak tawa.
Apa lagi. 
Tangkap gambarlah kerja paling menyeronokan.
hilangkan tekanan.


tukar baju dulu.


bagi sini spatula. Bia aku buat kerja sikit.


Inilah Shafiq. Yang tidak pernah masuk dapur.


Ini sajasaja. Tunggu ayam masak.
...........................................................................
JADI
Sekarang.
Aku dipanggil menyertai program ini hanya untuk memasak.


Panas juga kawah ini..


ambil yang panjanglah sikit.
Tak rasa panas sangat.
..........................................................................

KESUDAHANNYA!!
Aku tidak tahu apa yang dibicarakan dalam dewan hari itu.
Aku tahu apa makanan yang ada saja.
...................................................
Walaupun aku jadi pembantu mereka.
Aku tetap gembira bersama mereka.
Orang Terengganu dengan Kelantan tidak jauh bezanya.
Boleh jadi satu kepala bila berbicara.
..................................................................................
Cukuplah setakat ini sahaja.
Aku sudah penat nak taip.
............................................................................................
Hati yang tidak tenang.
menjadi tenang pada petang itu.
Syukur Alhamdulillah..




Comments

  1. ouhh.. baguss nyee.. hensem la awok niee.. rajin plok tu.. haha

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Raya Kedua

Raya Pertama